Friday, July 29, 2011

niqab dan menyanyi



assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog ni... :)

pagi ni,sedang saya membelek2 facebook saya, ummi saya memanggil untuk melihat tv*. saya terkejut. astaghfirullah... 1 group.nasyid barangkali..4 lelaki seorang perempuan. nampak seperti x ada apa2 kan? tapi kenapa pula saya mesti beristighfar.

memang la di malaysia ni x pelik pun kalau perempuan menyanyi... tapi yang membuat saya beristighfar di pagi ini secara terkejut ialah perempuan yang menyanyi itu memakai niqab @ purdah!

bab wajah vs suara:



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” surah an-nur :31

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

daripada ayat di atas, maklumlah kita yang zahir itu adalah wajah dan ke dua tapak tangan. itu sahaja yang boleh dilihat oleh ajnabi.

suara pula bagaimana?

sebenarnya suara tu x lah perlu disekat. kerana dengan suara kita berkomunikasi. tapi elokkah kita menutup yang tidak perlu tapi membuka yang perlu dijaga dengan melunakkan suara di depan ajnabi?

saya kesal dengan wanita ini kerana melakukan sedemikian. tugas dakwah itu berat. tapi bukannya dengan menyanyi. jika itu sahaja jalan yang ada, itu bukanlah tugas wanita untuk melakukannya...

semoga golongan ini sedar tentang apa yang mereka lakukan... ameen...

wanita bermaruah, bangsa bermaruah, umat bermaruah~

Wednesday, July 27, 2011

sempatkah aku melaluinya?~



assalamualaikum kepada pembaca@reader bblog saya ni... entry kali ni saya nk cerita sikit tentang kesempatan kita untuk melalui sesuatu perkara...

pagi ini, saya menemani ummi saya ke klinik daerah di sini. penantian yang agak lama tidak begitu menjejaskan orang ramai. mungkin terbiasa dengan penantian sebegitu...

apabila saya sampai, saya dapat melihat ramai wanita dan ibu2 yang membawa perut@mengandung. sangat ramai. ada juga yang membawa bayi mereka. saya fikir mungkin untuk pemeriksaan biasa utk budak2 atau bayi pada umur itu.

seketika itu saya tersentak dan rasa sayu. lalu saya berkata kepada diri sendiri, 'ibuku telah melepasi zaman ini. kesusahan dan kepayahan diharungi. jika dulu ibuku datang membawa aku ke klinik di dalam perutnya dan kendongannya, kini aku dapat berjalan sendiri di atas kaki sendiri untuk menemani ibuku memeriksa kesihatannya...' saya melepaskan nafas dengan berat.

kemudian, mata saya tertancap pula kepada golongan mak cik2 dan pak cik2 yang sedang berbual2 di depan saya. mereka masih berbual rancak dalam penantian itu. kali ini, hati saya sekali lagi tersentak. tersentak memikirkan sempatkah saya melalui zaman ini?







saya memutar kembali memori saya bersama atuk dan nenek saya pada suatu masa dulu. mereka berdua adalah ibu bapa ke 2 saya selepas ummi da

n ayah saya. lebih 10 tahun yang lalu, nenek saya meninggal kerana stroke. 11 tahun kemudian, atuk saya pula meninggalkan kami sekeluarga. atuk saya
meninggal setelah di sahkan sihat daripada pembedahan kanser hati. pemergian 2 insan yang mungkin hilang x berganti.

dan kini, saya sudah melangakaui umur muda. sudah dewasa. 23 tahun yang lalu, saya masih dalam dukungan ibu. di tatang dan di bawa ke sana sini. kini, saya boleh berdiri di atas kaki sendiri. berdikari kala jauh dari keluarga.

dan kini, saya terfikir sempatkah aku melalui zaman2 itu. zaman mengandung dan sakit melahirkan? zaman memelihara,memberi susu kepada anak? zaman memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak2 saya? dan zaman tua saya
bagaimana? adakah saya akan bersama suami atau sendirian atau mungkin bersama suami tanpa anak2?

masa depan yang x boleh dirungkai. kerana ia dalam perancangan namun, tiada siapa yang tahu bagaimana keadaannya ketika itu.

saya berterima kasih kepada ummi saya kerana melahirkan saya ke dunia ini. Alhamdulillah wa syukr lillah kerana memberi saya kesedaran pada hari ini. namun, saya tetap memikirkan bahawa sempatkah saya untuk mengalami semua itu?


terima kasih ummi...

~kerana cinta itu ada~

Saturday, June 18, 2011

~soal hati~

hari ini suke sangat nak post tentang cinta. orang kate cinta ni buta. tapi setakat mana cinta itu boleh jadi buta. dan bagaimana cinta itu membutakan manusia. hehehe...

saya bukanlah orang yang banyak pengalaman dalam bab2 cinta ni... tapi saya tidak pernah menafikan cinta itu indah seperti bunga dan bukan juga pahit seperti hempedu... bak kata pepatah, x kenal maka x cinta. jadi x kenal maka x tahu la...

cinta itu buta. sebenarnya cinta itu x buta pun asalnya... cuma bila kita menyalahgunakan cinta, maka ia jadi buta kerana perbuatan orang yang bercinta itu sendiri. kerana cinta sanggup berkorban apa sahaja. kerana cinta rela diri dan maruah tergadai. itu yang jadi baby kena buanglah, dan lain2 masalah sosial... kerana itulah cinta itu jadi buta...

bagaimana pulak cinta membutakan manusia? cinta itu pengorbanan. tapi awas! bukan pengorbanan untuk sia2. pengorbanan itu bererti memberi... tapi memberi yang bagaimana? memberi kasih, memberi sayang. tapi bukan memberi ikut suke suki. memberi apa yang di panggil hak. hak yang x boleh di nafikan...

cinta juga menerima. tapi bukan menerima sahaja. bersyukur patut disertakan bersama. kenapa mesti bersyukur? kerana kita x mungkin akan sempurna. apa yang diterima patut disyukuri. kerana "what u give u get back". cinta sejati yang diberi, pasti cinta sejati juga yang di terima. walaupun mungkin kita x tahu bila kita akan terima cinta yang sejati itu.


jadi, sebelum bercinta, kita perlu lupakan dulu perkataan i love u atau te a mor atau dil to pagal hai... kerana i love u x bermakna love yang sebenarnya. te a mor juga bukanlah tradisi kita dalam meluah cinta. dan jangan pula cinta jadi gila kerana dil to pagal hai.

mencuba mencari cinta bererti kita cuba menggalas tanggungjawab, mencuba memberi kasih sayang, mencuba mengharungi susah senang. dan yang paling penting, biarlah cinta itu membawa kepada cinta kepada sang PENCIPTA cinta.

let it end up like this!

~hidup sejahtera, aman bahagia, bila cinta kerana DIA.~


Thursday, March 10, 2011

istikharah cintaku...

lama hanisah memandang keluar tingkap. termenung.
''astaghfirullah..." bibirnya bergerak-gerak memohon keampunan dari tuhan Pemilik segalanya.

kebelakangan ini, hanisah kerap mencari2 jawapan yang tidak pasti perlu di cari atau tidak. dia sayangkan lelaki itu. namun, dia juga tenang memandang wajah jernih itu. beberapa kali sahabatnya meminta dia menunaikan istikharah untuk memudahkan pilihan hatinya.

"istikharah itu tidak semestinya ditunaikan apabila kita ingin membuat pilihan. ana tahu enti sudah mempunyai dia. tapi tidak salah bukan kalau enti tunaikan solat istikharah... cukup sebagai penenang hati tatkala enti melihat wajah lain..." begitulah pujukan demi pujukan yang di terima oleh sahabatnya, aina semenjak hatinya tenang melihat wajah itu.

hari ini hanisah ke kelas seperti biasa. duduk di kerusi yang biasa di duduki setiap kali kuliah. namun, hatinya hari ini gusar. tidak seperti hari2 lain. entah mengapa. hanisah menadah tangan di bawah meja sisi. bergerak2 bibirnya membaca doa penenang dan penerang hati supaya mudah diterima ilmu yang dipelajari sebentar lagi.

''ustaz dah masuk," kus semangat! dia membuka mata. wajah itu lagi. wajah itu tersenyum memandangnya. hanisah bertasbih di dalam hati. tersenyum di hujung bibir.

"enti ok?" rupa2nya aina sudah sampai. hanisah tersenyum. kaku. aina membalas senyuman. digenggam erat tangan hanisah. sejuk.

"kita belajar dulu, ok?" aina tersenyum lagi. hanisah membalas.

"كل الإنسان يريد إلى الحب. ويحب الله تعالى من يحب الإنسان لله تعالى"

itulah ucapan yang mengakhiri kelas hari itu. ucapan ustaz arab itu yang suka menyebut tentang cinta, perkahwinan, dan kasih sayang di dalam kelasnya walaupun subjek yang diajar tidak ada kaitan dengan semua itu. hanisah tersenyum memandang aina. bening dirasakan.

"um boleh nak tanya? awak ada modem kan? saya nak pinjam boleh?" kus! hanisah terganggu.
"saya nak guna! um saya keluar dulu. ada kelas," hanisah bergegas bangun.

"ok..." wajah itu hanya memandang. pelik.
'sebelum ini hanisah ok je tapi kenapa sekarang selalu tergesa2 apabila ditegur' hatinya bermonolog sendiri.

aina hanya memandang. hatinya bertekad sahabatnya itu perlu dibantu sebelum apa2 terjadi. aina bangun mengekori hanisah. dilihatnya hanisah masuk ke bilik makan Vip. bilik itu memang kosong sekarang. aina mempercepatkan langkah masuk ke bilik makan itu.

"hanisah..." perlahan disentuh bahu hanisah. bahu hanisah terhenjut2 menahan tangis. bukan lagi tangis biasa. aina duduk mengambil tempat di sebelah sahabat baiknya itu.

"aina, saya takut... saya rasa saya tak patut duduk di situ lagi. saya sepatutnya duduk di belakang dalam kuliah..." hanisah menggenggam tangan aina. sejuk.

"bukan begitu caranya hanisah... enti kena sabar. dugaan kepada hati adalah yang paling besar dalam banyak2 dugaan... hati itu tempatnya iman. kawal hati, maka terkawallah iman..." kening aina berkerut memandang hanisah di hadapannya. hanisah masih menangis. kasihan hatinya melihat sahabat yang satu ini. sukar sekali ingin melihat hanisah menangis sejak mereka kenal. namun kini, kerana soal hati dan perasaan hanisah mudah benar mengalirkan air matanya.

"aina, saya takut nak tunaikan istikharah... saya takut hasilnya tidak berpihak kepada yang sekarang... saya sayangkan dia. tapi saya tidak boleh terus menafikan hati saya bila saya pandang wajah aiman..." bahu hanisah terhenjut2 menahan tangis hanya untuk memberitahu hal sebenarnya.

"ok2..dah...enti jangan menangis lagi. nanti kita bincang lagi hal ni..." aina memeluk bahu sahabatnya.

di luar bilik makan Vip, aiman berdiri memandang 2 sahabat itu berbincang.
'aiman? tentang aku kah yang mereka bincangkan? kenapa? adakah hanisah...tapi kenapa?macamana?' dahinya berkerut ingin memahami seribu persoalan...

bersambung...

bab 2

kepulangan hanisah kali ini disambut meriah oleh ibu dan ayahnya. ibunya beria2 meminta hanisah pulang walaupun cuti semester kali ini hanya seminggu.

''hanisah, ayah kamu perlukan persetujuan segera dari kamu...cepat2 terima. mak rasa hanisah pun kenal dia. kedatangan mak dia tempoh hari pun sebab dia kata kamu dah sedia untuk ada ikatan ini..." ibuku bersuara. sebak seketika.

"mak, erm boleh tak hanisah nak buat panggilan sekejap?nanti hanisah bagitahu mak keputusannya..." aku cuba tersenyum semanis mungkin. ibuku mengangguk memahami.

aku menarik nafas yang panjang. kenapa Firdaus tidak menanyakan aku dahulu tentang ini.

"hmm...aiman..." airmataku mengalir lagi. aku mengambil talifon bimbitku dan mendail nombor Firdaus.

"assalamualaikum sayang...hehe..." kedengaran suara di hujung talian.
"waalaikumussalam...fir,kenapa cepat sangat?"
"kenapanya sayang?sayang tak suka ke fir hantar cincin tu?fir cuma nak kita ada ikatan sayang...fir sayangkan hanisah...kan fir dah janji fir akan hantar pinangan. fir nak kita cepat2 ada ikatan, sayang...."
"memang la...hanisah tahu...tapi kenapa sekarang?fir tak boleh tunggu hanisah dah ke?5 bulan je lagi hanisah nak graduate..."
"kita ikat je sayang...nanti bila majlis graduate sayang nanti, tak malu fir nak pergi sekali...ermm...hanisah tak suke?"
"ermm...takpelah fir...nanti hanisah bagi keputusan malam ni...assalamualaikum..." talifon bimbitku segera dipadamkan. sunyi.hanya belahan nafasku sendiri yang dapat ku dengari kala ini.
'aiman, hanisah suka tengok aiman. kenapa stiap kali hanisah pandang aiman, hanisah rasa tenang? kenapa aiman suka tegur hanisah?' aku bermonolog sendiri.

malam itu, aku bersendirian dalam bilik. tadi selepas makan malam, ibu bertanyakan keputusanku. aku hanya berdiam diri. tidak tahu apa yang perlu dikatakan. aku melapik dagu di atas bantal. termenung memandang ke luar tingkap. lantas aku bingkas membawa diri ke tandas. mengambil wudhu' dan menunaikan solat taubat, diikuti solat hajat. aku berdoa sungguh2. meminta petunjuk. tanpa aku tunaikan solat istikharah, aku melipat kain sembahyang dan sejadah. bangkit menuju ke katil ku yang menanti. selesai membaca doa tidur, aku menarik selimut. aku kosongkan fikiranku. semoga tidurku malam ini tidak diganggu syaitan.


bersambung...


bab 3

majlis itu meriah. beberapa kali dia ditegur. manis. dia hanya tersenyum. tanpa sekelumit duka. kepasrahan. hanya itu yang menjadi ubat baginya.

''nisa kenapa? senyum sorang-sorang je abang tengok dari tadi..." lelaki di depannya itu senyum. hanisah memandang wajah suaminya. tangannya digenggam erat.
"terima kasih, abang"hanisah membalas genggaman suaminya.
"la....kenapa nisa ucap terima kasih kat abang? abang yang sepatutnya berterima kasih pada nisa..." mereka berpandangan. itulah suaminya. suaminya yang bernama Aiman. Mohd Aiman Mohd Razali.

'jika dulu Mohd Firdaus pilihanku, dia pergi bertemu Rabbnya. sesungguhnya kehilangan itu pahit. namun, hanya Allah yang tahu dimana kemanisan itu patut dijelmakan. pertunanganku dengan Fir, hanya Allah yang tahu kenapa ia berlaku, dan kenapa ia terpisah. dan kini ya Allah, Engkau kurniakan yang lebih baik untukku. untuk generasi murabbi...Alhamdulillah'

pandangan mereka bertaut. rasa syukur dipanjatkan kerana segalanya berjalan lancar. perkahwinan itu dilangsungkan sebaik cukup tempoh setahun mereka graduate. petunangan dilangsungkan tanpa sebarang majlis. hanya cincin yang disarungkan di jari manisnya. mereka tahu, itulah yang terbaik buat mereka.

terima kasih ya Allah...


Tuesday, February 8, 2011

airmata taubatku...



malam itu, hani termenung di atas tikar sejadahnya. merenung sejadahnya. bagaikan menggamit airmatanya untuk mengalir. kelopak matanya terasa panas dan perlahan-lahan airmatanya jatuh. panas.

'ya Allah, betapa aku hambaMu yang lemah. melakukan kemungkaran sedangkan aku mengetahui ia kemungkaran. aku tahu ia adalah dosa. namun, lantaran mengikut kata hati yang bernafsu, aku rosakkan hati yang menjadi punca segala kebaikan dan keburukan...' hatinya berkata-kata.

perlahan dia menyeka airmata yang semakin galak mengalir di pipi. airmata itu seperti gembira untuk mengalir. airmata taubat. dia pernah mendengar tentang airmata taubat suatu masa dahulu.
"airmata taubat akan menjadi saksi di akhirat kelak. maka sentiasalah memperbaharui taubatmu. sesungguhnya kamu tidak akan kerugian..." terngiang-ngiang kata-kata itu di pendengarannya.

hani menarik nafas sekali. panjang. dia termenung lagi. bibirnya bergerak-gerak mengalunkan zikir.
"astaghfirullah al-a'zhim allazi la ilaaha illa hua al-hayy al-qayyum wa atuubu ilaik...
subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..." berulang-ulang bibirnya bergetar sambil airmata terus mengalir.

"allahuakbar..." hani mengeluh. nafas ditarik panjang. lantas tangan diangkat ke dadanya. berdoa dalam kesyukuran. kesyukuran kerana masih ada hidayah yang sudi diberikan olehNya, penerima segala taubat. benarlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hanya hambaNya yang tidak pernah menyedarkan diri bahawa mereka ada Allah yang sudi mendengar segala rintihan hambaNya. tapak tangannya diraup ke muka, membasahkan telekung sembahyangnya dengan airmata yang masih mengalir...

bersambung...

Monday, January 31, 2011

anugerah itu indah...

sesekali menjenguk ke facebook, saya agak terkilan apabila melihat gambar2 dalam album sahabat2. yang x menutup aurat itu usah dikira. yang snap dengan gaya daring usah dibilang. saya kurang mengambil perhatian tentang ini. terkilan pun kurang. mungkin siapa2 pun akan kata saya kurang prihatin tentang ini. tapi bagi saya yang elok itu perlu dijaga, yang kurang elok itu perlu diperbaiki.

tapi, cuba sahabat2 renungkan tentang solat. jika kita tidak solat adakah kita akan cuba untuk khusyuk dalam solat? solat pun tidak macamana nak cuba khusyuk. pastinya kita akan cuba belajar solat dulu kemudian cuba untuk khusyuk dalam solat. bagi kita yang solat kita pastinya akan cuba untuk khusyuk seperti Allah s.w.t itu berada di hadapan kita. tambahan lagi kalau kita memang solat dengan khusyuk tentunya kita akan menjaga solat kita itu supaya sentiasa khusyuk tanpa leka dan lalai dalam solat...

tapi di sini saya ingin mengatakan tentang gambar2 sahabat2 yang memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. dan yang saya sangat terkilan dengan sahabat2 yang memakai niqab/purdah. snap dengan pelbagai gaya. menutup raut muka yang indah namun menonjolkan mata yang mempesona.

saya pernah terbaca dalam satu blog tentang anggota wanita yang sentiasa dipandang lelaki. dan mata adalah yang sangat suka di pandang oleh lelaki. maka syaitan akan berbisik, "dari mata turun ke hati". saya bukan ingin meletakkan kesalahan pada sahabat2 yang memakai niqab. kerana saya adalah antara kalian suatu masa dahulu. namun kerana kita adalah yang menutup, elakkan menonjolkan apa yang ditutup kerana fitnah akan terjadi kepada wanita2 lain yang benar2 menutup wajah mereka tanpa menonjolkannya.


dan bagi mereka yang ingin menutup wajah dan mengambil gambar pada bahagian mata sahaja "sengaja2", tolonglah elakkan. kerana mata itu indah, anugerah yang paling mempesona... kasihani sahabat2 yang memakai niqab... silap2 haribulan sahabat2 yang memakai niqab yang menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang. kerana wanita yang baik dan cantik itu adalah yang tidak memandang dan tidak di pandang...



waallahua'lam...

Sunday, January 23, 2011

dia pergi selamanya...

baru2 ini, saya menerima berita yang menyedihkan. kesedihan yang membawa saya pulang ke kampung walaupun baru minggu ke-2 memulakan kelas. pemergian arwah datuk pada hari lahirnya memberikan kami pelbagai perasaan. sumbangan beliau dalam keluarga kami amat besar walaupun datuk saya itu hanyalah datuk tiri. beliau dimasukkan ke hospital pada mulanya kerana hepatitis B. matanya menjadi kuning. setiap hari 5 botol sodium dimasukkan. setelah hampir sebulan berada di hospital, doktor yang merawat mengesahankan beliau menghidap hati berair. operation dijalankan untuk menyedut keluar air.

beberapa hari kemudian, kami dikhabarkan 1 lagi operation akan dijalankan untuk membuang ketumbuhan di bahagian hatinya. nenek saya setia di sisi beliau dan beliau x ingin orang lain menjaga beliau sepanjang berada di hospital. kami sering melawat. bertanya khabar sebarang perubahan yang dialami. diharapkan semoga beliau cepat sembuh.



namun, pada hari lahirnya yang ke 67, datuk kesayangan kami pergi buat selamanya... selepas 3 hari mengadakan tahlil, kami menemui 4@5 diari beliau. di dalamnya terkandung kisah suka dan duka beliau bersama kami.. kami ketawa membaca setiap coretannya. namun, kami bersedih kerana beliau tiada lagi.

saya mendapat tahu, datuk saya bertanya kepada nenek bahawa beliau ada bertanya tentang saya.

"nabilah ke tu?".
"x lah.nabilah duk kat ngaji(belajar) dia la".

begitu cerita nenek saya. saya terkedu. memang kami berdua cukup akrab sejak saya kecil. saya seperti anaknya. dibawa ke sana sini. sehingga orang2 kampung hatta cikgu2 sekolah rendah saya dahulu mengatakan beliau adalah ayah saya. dan saya masih ingat pada hari saya ingin pulang ke nilai, beliau ada memesan supaya menjaga diri di sini. kami sempat bergurau ketika saya menyuap biskut mini ke mulutnya.

di saat diarinya dibuka oleh abang saya, kami menemui sehelai kertas yang menulis tentang wasiatnya. rumah yang beliau tinggalkan sama sekali jangan diusik. jadikan rumah itu tempat berkumpul adik-beradik dan anak cucu. dan malam itu kami membuat keputusan rumah itu akan kekal begitu. dan setiap hari raya atau majlis yang ingin dilangsungkan akan dilangsungkan di situ.

sehingga kini, kami masih merindui beliau. dan ia sangat berkesan di hati kami. kerana beliaulah ayah dan datuk kami...




Sunday, January 9, 2011

tenanglah sahabat...



rase agak lama tidak menjengah ke blog sendiri. kebelakangan ini, sejak mula semester baru sebagai pelajar jurusan syariah undang2, saya agak tersinggung dgn sikap sendiri dan rakan2. dan entah kenapa saya kerap menyelak buku bercinta sampai ke syurga karangan ustaz hasrizal abdul jamil.


tapi saya bukan hendak berkongsi cerita cinta, cuma lebih kepada cerita dalam bersahabat. saya menghuni di rumah sewa sejak semester lepas dek kerana tidak tahan setiap semester terpaksa mengangkat barang utk di pindahkan ke blok sebelah atau asrama lain. oleh kerana di kampus kami ada 3 asrama yang di peruntukkan kepada pelajar. sangat rimas setiap kali berakhir semester baru. sampai saya memilih utk pulang ke kampung agak lewat supaya sempat mengemas barang2 yang perlu di alih ke asrama baru. suasana apabila semester bermula juga agak menyusahkan dan pastinya meletihkan. saya pernah mengatur jadual utk pulang ke kampus awal 2 atau 3 hari sebagai persediaan utk mengemas bilik baru yang akan di huni.

semester lepas saya mengambil keputusan utk tinggal di rumah sewa. bersama 9 orang ahli rumah pastinya pelbagai ragam dan kerenah yang perlu di hadapi. mungkin kedengaran seperti anak2 kecil. tapi hakikatnya begitulah. pernah beberapa kali rakan sebilik saya berkecil hati dengan sikap saya yang terlalu fokus kepada seorang lagi rakan sebilik kami. kadangkala saya sendiri yang berkecil hati di buat mereka kerana sikap masing2 yang suka berbincang sesuatu tapi bermasam muka kemudiannya kerana tidak serasi dengan minat masing2. dan yang menjadi mangsa adalah saya kerana keduanya akan saling menarik muncung 14cm dan sebarang perbualan tidak akan di layan. saya menjadi dilemma kerana keliru utk memilih dua sahabat ini. masing2 ingin menegakkan pendapat sendiri dan sangat kasar bila saya katakan masing2 nak ikut kepala otak sendiri.

semester ini, awal2 lagi ada masalah dan saya harap saya boleh fokus dengan kedua2 sahabat saya ini. keprihatinan yang ditunjukkan semoga mendapat sedikit simpati dan mereka lebih memahami saya. bahawa saya juga ada hal2 lain yang perlu difikirkan selain berapa panjang muncung masing2...