Sunday, January 23, 2011

dia pergi selamanya...

baru2 ini, saya menerima berita yang menyedihkan. kesedihan yang membawa saya pulang ke kampung walaupun baru minggu ke-2 memulakan kelas. pemergian arwah datuk pada hari lahirnya memberikan kami pelbagai perasaan. sumbangan beliau dalam keluarga kami amat besar walaupun datuk saya itu hanyalah datuk tiri. beliau dimasukkan ke hospital pada mulanya kerana hepatitis B. matanya menjadi kuning. setiap hari 5 botol sodium dimasukkan. setelah hampir sebulan berada di hospital, doktor yang merawat mengesahankan beliau menghidap hati berair. operation dijalankan untuk menyedut keluar air.

beberapa hari kemudian, kami dikhabarkan 1 lagi operation akan dijalankan untuk membuang ketumbuhan di bahagian hatinya. nenek saya setia di sisi beliau dan beliau x ingin orang lain menjaga beliau sepanjang berada di hospital. kami sering melawat. bertanya khabar sebarang perubahan yang dialami. diharapkan semoga beliau cepat sembuh.



namun, pada hari lahirnya yang ke 67, datuk kesayangan kami pergi buat selamanya... selepas 3 hari mengadakan tahlil, kami menemui 4@5 diari beliau. di dalamnya terkandung kisah suka dan duka beliau bersama kami.. kami ketawa membaca setiap coretannya. namun, kami bersedih kerana beliau tiada lagi.

saya mendapat tahu, datuk saya bertanya kepada nenek bahawa beliau ada bertanya tentang saya.

"nabilah ke tu?".
"x lah.nabilah duk kat ngaji(belajar) dia la".

begitu cerita nenek saya. saya terkedu. memang kami berdua cukup akrab sejak saya kecil. saya seperti anaknya. dibawa ke sana sini. sehingga orang2 kampung hatta cikgu2 sekolah rendah saya dahulu mengatakan beliau adalah ayah saya. dan saya masih ingat pada hari saya ingin pulang ke nilai, beliau ada memesan supaya menjaga diri di sini. kami sempat bergurau ketika saya menyuap biskut mini ke mulutnya.

di saat diarinya dibuka oleh abang saya, kami menemui sehelai kertas yang menulis tentang wasiatnya. rumah yang beliau tinggalkan sama sekali jangan diusik. jadikan rumah itu tempat berkumpul adik-beradik dan anak cucu. dan malam itu kami membuat keputusan rumah itu akan kekal begitu. dan setiap hari raya atau majlis yang ingin dilangsungkan akan dilangsungkan di situ.

sehingga kini, kami masih merindui beliau. dan ia sangat berkesan di hati kami. kerana beliaulah ayah dan datuk kami...




No comments:

Post a Comment