Tuesday, February 8, 2011

airmata taubatku...



malam itu, hani termenung di atas tikar sejadahnya. merenung sejadahnya. bagaikan menggamit airmatanya untuk mengalir. kelopak matanya terasa panas dan perlahan-lahan airmatanya jatuh. panas.

'ya Allah, betapa aku hambaMu yang lemah. melakukan kemungkaran sedangkan aku mengetahui ia kemungkaran. aku tahu ia adalah dosa. namun, lantaran mengikut kata hati yang bernafsu, aku rosakkan hati yang menjadi punca segala kebaikan dan keburukan...' hatinya berkata-kata.

perlahan dia menyeka airmata yang semakin galak mengalir di pipi. airmata itu seperti gembira untuk mengalir. airmata taubat. dia pernah mendengar tentang airmata taubat suatu masa dahulu.
"airmata taubat akan menjadi saksi di akhirat kelak. maka sentiasalah memperbaharui taubatmu. sesungguhnya kamu tidak akan kerugian..." terngiang-ngiang kata-kata itu di pendengarannya.

hani menarik nafas sekali. panjang. dia termenung lagi. bibirnya bergerak-gerak mengalunkan zikir.
"astaghfirullah al-a'zhim allazi la ilaaha illa hua al-hayy al-qayyum wa atuubu ilaik...
subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..." berulang-ulang bibirnya bergetar sambil airmata terus mengalir.

"allahuakbar..." hani mengeluh. nafas ditarik panjang. lantas tangan diangkat ke dadanya. berdoa dalam kesyukuran. kesyukuran kerana masih ada hidayah yang sudi diberikan olehNya, penerima segala taubat. benarlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hanya hambaNya yang tidak pernah menyedarkan diri bahawa mereka ada Allah yang sudi mendengar segala rintihan hambaNya. tapak tangannya diraup ke muka, membasahkan telekung sembahyangnya dengan airmata yang masih mengalir...

bersambung...

No comments:

Post a Comment